Nobu tak takut jumpa Gisella

- Advertisement -

Jakarta: Individu yang disyaki terbabit dalam video seks bersama penyanyi Gisella Anastasia iaitu Michael Yukinobu de Fretes atau Nobu berharap keterangannya nanti bagi membantu kes ini boleh berlangsung secara maya.

Dia menafikan meminta perkara itu dilakukan bertujuan menghindari bertemu dengan Gisella di mahkamah. Kedua-duanya memang dijadualkan memberi keterangan.

“Saya tidak takut untuk bertemunya. Tidak betul jika ada yang berkata demikian,” katanya kepada media Indonesia ketika ditemui di pejabat polis Metro Jaya.

Nobu memberi alasan mencadangkan perkara ini untuk menghindari penularan virus Covid-19. Dalam situasi pandemik ini adalah lebih baik diajukan persoalan secara virtual saja,” katanya.

Ditanya kesediaannya bertemu Gisella, Nobu menjelaskan ia bukan satu masalah.

Dia juga menyatakan tiada masalah sekiranya pihak mahkamah mewajibkan mereka hadir secara bersemuka.

Penyebar video seks Gisella dan Nobu sudah menjalani perbicaraan di Jakarta Selatan dan pasangan itu akan dipanggil sebagai saksi bulan depan.

Terdahulu, Gisella dikenal pasti sebagai artis yang terbabit dalam satu video lucah dipercayai dirakamkan di Medan pada 2017.

Penyanyi kelahiran Indonesia Idol itu membuat pengakuan berkenaan selepas disiasat polis berhubung satu klip video lucah yang tular, baru-baru ini.

Difahamkan, ketika kejadian Gisella masih berstatus isteri kepada pelakon Gading Marten yang kemudiannya bercerai pada Januari 2019.

Mereka bakal didakwa di bawah Akta Pornografi 2008 yang antara lain melarang mana-mana individu membuat, memperdagangkan, menyebarkan atau mempamerkan bahan pornografi.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 12 tahun.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat