Illegear perkenal laptop Selenite X dengan kuasa RTX 3080

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Jenama modifikasi komputer terkenal, Illegear hari ini memperkenalkan generasi baharu laptop keluarannya iaitu Selenite X.

Laptop berkenaan dikatakan mampu untuk mengurangkan jurang prestasi antara desktop dan peranti mudah alih, laptop terutamanya menerusi kuasa spesifikasi komponen.

Menyentuh aspek spesifikasi, Serenite X dikuasakan dengan variasi dua laptop daripada barisan pemproses Intel Core i7 Generasi Ke-10 dan AMD Ryzen 9 5900X.

Untuk padanan kad grafik pula, pengguna boleh memilih antara Nvidia GeForce RTX 3060, RTX 3070 dan RTX 3080 mengikut kesesuaian bajet dan tahap kepenggunaan yang diperlukan.

Skrin Serenite X didatangkan dengan 17.3 inci dengan paparan WQHD resolusi 2,560 x 1,440 manakala memori (RAM) pula mampu menyokong sehingga 64GB DDR4 yang memiliki dua slot.

Sesuai dengan laptop prestasi tinggi, laptop ini menggunakan sistem storan M.2 PCIe SSD sebanyak dua slot manakala papan kekunci menggunakan sistem mekanikal yang boleh diselaraskan lampu untuk setiap kekunci.

Bagi sokongan WiFi, Serenite X didatangkan dengan dua variasi iaitu Intel WiFi 6 AX201 dan AX200.

Tanda harga bagi laptop berkenaan bermula RM7,299 hingga RAM12,198 mengikut padanan spesifikasi pengguna.

Spesifikasi

Pemproses: Intel Core i7-10875H / Ryzen 9 5900HX

RAM: Sokongan sehingga 64GB

Kad grafik: RTX 3060 / RTX 3070 / RTX 3080

Storan: Sistem M.2 PCIe SSD

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat