Petronas masih di peringkat awal teroka minyak dan gas perairan Kedah, Perlis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D telah selesai pada 2024.

Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

Lembangan Langkasuka terletak di kawasan perairan Kedah dan Perlis (Blok PM320 dan PM321).

“Langkah-langkah seterusnya di Lembangan Langkasuka ini akan bergantung kepada hasil analisis data seismik yang diperoleh itu,” katanya menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai sejauh mana kajian kemungkinan dijalankan Petronas terhadap simpanan minyak dan gas di Lembangan Langkasuka serta garis masa pelaksanaan dan implikasinya.

Azalina juga menegaskan, Petronas terus giat menjalankan aktiviti ekplorasi minyak dan gas di kawasan berpotensi di perairan Malaysia.

“Usaha eksplorasi ini lazimnya mengambil sekitar tiga tahun hingga lima tahun bagi mengesahkan kewujudan takungan petroleum di sesuatu lokasi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat