Pengamal perubatan tradisional berdaftar dikecualikan cukai mula Mac ini – MOF

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengamal perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (Akta 775) akan dikecualikan cukai perkhidmatan 8 peratus yang akan berkuat kuasa pada 1 Mac ini.

Menurut Kementerian Kewangan, sehubungan itu, pengamal PT&K yang telah berdaftar bawah Akta 775 tidak perlu berdaftar dengan kastam dan seterusnya tidak mengenakan cukai bagi perkhidmatan seperti perubatan tradisional Melayu, perubatan tradisional Cina, perubatan tradisional India, homeopati, kiropraktik, osteopati dan amalan pengubatan Islam.

Keputusan itu juga terpakai ke atas perkhidmatan yang disediakan oleh pusat kesihatan atau kesejahteraan, rumah urut, atau tempat seumpamanya yang dikendalikan oleh pengamal PT&K yang berdaftar bawah Akta 775 bagi perkhidmatan tersebut, untuk tempoh sebelum 1 Mac.

“Keputusan yang dipersetujui oleh perdana menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini langkah untuk meningkatkan keselesaan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

“Pada masa yang sama, Kerangka Ekonomi Madani juga akan giat memperkasakan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menggajikan hampir separuh tenaga kerja di Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu lagi, langkah ini susulan keputusan kementerian agar perkhidmatan yang disediakan premis-premis tersebut yang dikendalikan oleh pengamal berdaftar tidak dikategorikan sebagai perkhidmatan bercukai berkuat kuasa mulai 1 Mac 2024.

“Maklum balas ini juga telah mengambil kira perbincangan daripada sesi libat urus bersama pihak berkepentingan industri PT&K,” katanya

Amir berkata kerajaan akur bahawa jauh lagi landasan untuk melebarkan sayap PMKS tempatan ke persada antarabangsa.

“Maka pengusaha tersebut memerlukan kebergantungan permintaan domestik untuk kemandirian perniagaan mereka buat masa ini, lebih-lebih lagi bagi PMKS yang menyediakan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat