ISWAMI beri pendedahan proses demokrasi Indonesia – Uni Lubis

- Advertisement -

JAKARTA — Ketua Pengarang IDN Times, Uni Zulfiani Lubis berharap jaringan hubungan wartawan Malaysia-Indonesia terus dipererat melalui pelbagai program yang diadakan Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI).

Jelasnya pendedahan proses pemberitaan Pemilu 2024 di Indonesia mampu memberi pendedahan suasana berbeza kepada wartawan-wartawan Malaysia yang membuat liputan secara langsung di sini.

“Saya sangat senang kerana teman teman jurnalis Malaysia yang dibawa oleh ISWAMI menyempatkan untuk hadir di kantor IDN Times, dan sekaligus menyaksikan acara ‘nobar’ iaitu nonton bareng (bersama) dan quick count.

“Ini salah satu pengalaman yang menarik apabila teman teman dari Malaysia dapat melihat dinamika dari sebuah proses demokrasi Pemilu di sini.

“Tentu kunjungan tersebut semoga membuat teman teman jurnalis Malaysia menjadi lebih memahami cara kerja media di Indonesia, juga pesta demokrasi yang sedang berlangsung, dan ini proses yang sudah dibangun oleh ISWAMI sejak 2003,” katanya.

Sebelum ini seramai 15 wartawan daripada pelbagai agensi berita Malaysia berkunjung ke Ibu Pejabat IDN Times sempena Program Jejak Serumpun, yang dibawa oleh ISWAMI bermula 12 Feb sehingga 21 Feb 2024.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat