Sesi Persekolahan Dibuka Secara Berperingkat Bermula 1 Mac

PUTRAJAYA – Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi pembelajaran bersemuka akan dibuka bermula secara berperingkat mulai 1 Mac depan.

Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan kembali ke sekolah pada tarikh tersebut.

“Bagi murid sekolah rendah Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam pula akan bermula pada 8 Mac ini,” katanya ketika sidang akhbar pembukaan sekolah KPM pada Jumaat.

Menurutnya, pelajar sekolah menengah akan mula kembali ke sekolah pada 4 April bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu.

“Bagi pelajar sekolah menengah Kumpulan B, ia akan bermula pada 5 April,” katanya.

Beliau berkata, Kumpulan B terdiri daripada sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Mengulas lanjut mengenai kelewatan tarikh bagi pelajar sekolah menengah, Mohd Radzi berkata, ia untuk memberi ruang kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menduduki peperiksaan tersebut dalam keadaan tenang dan selamat.

“Oleh yang demikian, KPM mengambil keputusan bahawa semua pelajar sekolah menengah akan kembali semula ke sekolah selepas tamat cuti pertengahan penggal,” katanya.

Peperiksaan SPM akan berakhir pada hujung bulan Mac dan cuti pertengahan penggal adalah antara 26 atau 27 Mac sehingga 3 hingga 4 April.

Menurutnya, pelajar Kolej Vokasional untuk Sijil Vokasional Malaysia Tahun Satu Semester Dua dan Diploma Vokasional Tahun Satu Semester Dua akan memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka pada 1 Mac.

“Bagi sekolah swasta, sekolah bantuan kerajaan dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM, tarikh pembukaannya adalah sama seperti sekolah kerajaan.

“Sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka disaran untuk mengikut tarikh pembukaan sekolah yang ditetapkan dan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Tambah beliau, sekolah antarabangsa yang tiada peperiksaan SPM dan peperiksaan kebangsaan, institusi pendidikan swasta termasuk pusat tuisyen boleh memulakan operasi bermula 8 Mac. – Sinar

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Perancis Tuntut Penjelasan Selepas Israel Serang Bangunan Pejabat Media Di Palestin

PARIS - Perancis menuntut penjelasan dan alasan Israel terhadap serangan udaranya ke atas bangunan di Gaza yang menempatkan pertubuhan-pertubuhan media, kata Presiden Emmanuel Macron...

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...