Hadi Awang dah sembuh, keluar IJN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan rasa syukur apabila telah dibenarkan untuk pulang setelah menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak Isnin.

Katanya, beliau pastinya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada barisan doktor dan petugas di Unit Kecemasan Hospital Putrajaya dan IJN.

“Saya hargai kecekapan dan profesionalisme mereka yang tinggi, juga kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan saya.

“Sepanjang tempoh rawatan, saya turut mengikuti perkembangan berita dalam dan luar negara, khususnya berkenaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Dasar Perpaduan Negara yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri,” catat Abdul Hadi di Facebooknya.

Selain itu katanya, pelbagai langkah yang diambil bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan pemulihan semula ekonomi negara. Semoga semuanya dapat dijayakan dengan dukungan bersama.

“Dari jendela Institut Jantung Negara, saya berterima kasih kepada semua,” katanya.
Baru-baru ini Abdul Hadi dikejarkan ke hospital akibat sesak nafas kerana penat dengan jadual harian yang padat. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat