Titah Addendum : Tunjukkan Kelemahan Ketara Kepimpinan Perdana Menteri – UMNO Gua Musang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Gua Musang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak berkaitan memberikan penjelasan segera berhubung dakwaan menyembunyikan titah Addendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong berkaitan hukuman tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan media bertarikh 19 Januari 2025, UMNO Gua Musang menyatakan kekecewaan terhadap sikap kerajaan, khususnya Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri, yang sebelum ini menafikan kewujudan titah tersebut di Dewan Rakyat dan menyifatkannya sebagai “hearsay.”

“Namun, keputusan Mahkamah Rayuan pada 6 Januari 2024 membuktikan kewujudan titah Addendum bertarikh 29 Januari 2024, yang memerintahkan Najib menjalani hukuman tahanan dalam rumah. Ini bermakna ,YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Dalam Negeri telah memberi maklumat yang salah ,tidak tepat di dalam dewan rakyat serta boleh disabitkan dengan kesalahan mengelirukan dan membohongi anggota dewan” menurut kenyataan tersebut.

UMNO Gua Musang menyifatkan tindakan menyembunyikan titah Addendum sebagai pelanggaran serius terhadap prinsip ketelusan dan sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kami berpandangan bahawa kerajaan MADANI dan YAB Perdana Menteri telah dengan sengaja menyembunyikan titah Addendum ini. Tindakan ini jelas mengkhianati prinsip berterus-terang yang sepatutnya dijunjung oleh kerajaan,” menurut kenyataan itu.

UMNO Gua Musang juga mendakwa tindakan ini boleh dianggap sebagai penderhakaan besar terhadap Raja dan negara, selain menyalahi perlembagaan serta undang-undang negara.

Selain itu UMNO Gua Musang menegaskan bahawa individu yang terlibat dalam menyembunyikan fakta dan dokumen kerajaan perlu dikenakan tindakan tegas kerana menghalang keadilan.

“Tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menunjukkan kelemahan ketara dalam kepimpinan Perdana Menteri. Adalah mustahil seorang Perdana Menteri tidak mengetahui kewujudan titah tersebut,” kata kenyataan itu.

Walaupun UMNO kini sebahagian daripada kerajaan, Bahagian Gua Musang menegaskan komitmen mereka untuk tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar perlembagaan dan undang-undang.

“Kami tetap teguh berpegang kepada prinsip dan perlembagaan negara serta parti,” tegas mereka.

Isu ini kini menjadi perhatian nasional, dengan desakan supaya kerajaan memberikan penjelasan penuh dan mengambil langkah sewajarnya untuk menangani dakwaan yang mencabar integriti pentadbiran negara.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat