Tiga lelaki jadi dalang kartel perolehan kem TLDM ditahan SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki dipercayai bertindak sebagai dalang kepada ‘kartel perolehan’ melibatkan kerja-kerja pembinaan di sebuah Kem Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bernilai lebih RM9 juta, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor petang semalam.

Lapor Bernama, menurut sumber ketiga-tiga lelaki berusia dalam lingkungan 28 hingga 47 tahun tersebut ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 6 petang semalam

Difahamkan tangkapan ke atas ketiga-tiga individu itu dibuat atas kesalahan tuntutan palsu dan menjadi dalang ‘kartel perolehan’ kepada 13 syarikat pembekal yang menguruskan kerja-kerja pembinaan di kem berkenaan.

Sumber memaklumkan pembayaran penuh telah dibuat, namun pembinaan masih belum siap dengan sempurna.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias mengesahkan penahanan terbabit.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 8.30 pagi esok (hari ini) bagi mendapatkan permohonan reman,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat