Primeworks Studio pentingkan jalan cerita dan karakter animasi

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Primeworks Studio Sdn Bhd (PWS) meletakkan syarat kepada mana-mana syarikat produksi animasi yang mahu bekerjasama dengan mereka menitikberatkan soal jalan cerita dan karakter.

Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh berkata, syarat itu antara lain bertujuan untuk membolehkan animasi itu dipasarkan di luar negara.

“Kejayaan dua animasi di bawah iaitu Ejen Ali dan Alif & Sofia membolehkan kita terima banyak kertas cadangan dan idea baharu untuk bekerjasama, tapi masih dalam penilaian. Pandemik Covid-19 yang melanda negara sedikit sebanyak menyekat pergerakan dari segi perkembangan dan sudut pembangunan animasi.

“Namun, hari ini kita bersedia merancakkan dan menilai projek terbaharu di PWS. Tentu saja syarat kita pertama sekali, sama seperti animasi lain, cerita dan karakter kena kuat. Karakter dicipta harus mewakili pasaran. Kita menilai dari sudut bagaimana kemampuan animasi ini untuk dipasarkan sama ada di Malaysia, atau serantau negara berbasa Melayu.

“Kami mencari ruang yang kosong yang boleh mengisi jurang cerita sedia ada, sama ada dari segi pasaran penonton atau jalan cerita itu sendiri. Atau mungkin juga perlu bekerjasama dengan penaja. Jadi, kami ‘study hard’ bagaimana sesebuah animasi perlu dipilih dan dikembangkan untuk selanjutnya,” katanya.

Khairul Anwar berkata demikian pada sesi Media Prima Toonz (MP Toonz) iaitu webinar pertama anjuran Bahagian Pelesenan dan Pembarangan (Licensing & Merchandising Division – L&M), Rangkaian Televisyen Media Prima, di sini, hari ini.

Menerusi penganjuran webinar itu, peserta terbabit dipertontonkan mengenai peranan bahagian L&M dan harta intelek yang dapat menghasilkan kandungan animasi baharu di mana rakan penaja berpeluang untuk bekerjasama dengan Media Prima Berhad dalam pemasaran produk mereka.

“Sejak penerokaan pertama kami ke dalam bidang animasi pada 2016, kami bangga sebagai ‘ibu bapa’ dan penerbit bersama untuk dua harta intelek Malaysia yang cemerlang iaitu Alif & Sofia yang kini dapat strim secara langsung di platform penstriman Disney+ Hotstar dan mempunyai lebih 360,000 langganan di saluran rasmi YouTube serta Ejen Ali yang telah melakar kejayaan dan rekod baharu sebagai filem cereka animasi pertama dengan mengumpul lebih RM30 juta di kutipan ‘box office’ semasa tayangan awalnya pada tahun 2019.

“Jutaan penghargaan diucapkan kepada penerbit bersama kami, Blindspot Studios yang menghasilkan Alif & Sofia dan WAU Animation yang memenangi pelbagai anugerah menerusi siri animasi dan filem blockbuster Ejen Ali. Oleh itu, kami amat teruja untuk membuka rahsia dan peluang kerjasama dalam pelesenan jenama dengan dua jenama animasi yang memenangi anugerah dengan kandungan inovatif dan pakej pengiklanan yang strategik untuk memaksimumkan pelaburan pemasaran anda,” katanya.

Lima speaker berpengalaman dari pelbagai bidang dijemput untuk berkongsi topik menarik dalam MPToonz ini iaitu Pengurus Animasi, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios (The Animation Playground in Media Prima), Aziemah Azman; Ketua Pegawai Eksekutif, Blindspot Studios (The #Ohsem World of Alif & Sofia), Lukman Othman; Ketua Pegawai Eksekutif, WAU Animation (Misi : 2022 with Ejen Ali), Usamah Zaid Yasin; Ketua Pegawai Eksekutif, WOWSHOP, Yanhy Kim; dan Pengurus Perniagaan, Pelesenan & Pembarangan, Rangkaian Televisyen Media Prima, Hana Hatim.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat