Petronas meterai kontrak perkongsian pengeluaran di Surinam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Petronas Suriname E&P BV yang juga anak syarikat Petronas memeterai kontrak perkongsian pengeluaran bagi Blok 63 dan 64 luar pesisir Surinam dengan Staatsolie Maatschappij Suriname NV yang juga syarikat minyak dan emas negara itu.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata Petronas Suriname E&P berjaya memperoleh blok terletak di Lembangan Guyana-Suriname menerusi sesi Pusingan Bidaan Suriname Demerara 2022-2023, pada Jun lalu.

“Petronas Suriname E&P mempunyai 100 peratus kepentingan penyertaan dan merupakan pengendali Blok 63.

TotalEnergies akan mengendalikan Blok 64 dengan kepentingan penyertaan sebanyak 40 peratus manakala baki kepentingan dibahagi sama rata antara Petronas Suriname E&P dan QatarEnergy,” kata Petronas.

Blok 63 berkeluasan 5,425 kilometer persegi dan terletak kira-kira 200 kilometer di luar pesisir Surinam serta pada kedalaman kira-kira 1,700 meter.

Selain itu, Blok 64 yang bersaiz 6,262 kilometer persegi, terletak 250 kilometer dari pantai cetek dan kedalaman 1,300 meter.

Naib Presiden Cari Gali Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman, berkata kejayaan memperoleh blok-blok itu adalah penting, sejajar dengan usaha Petronas untuk memanfaatkan potensi sumber Surinam yang besar di lembangan berkenaan.

“Ini hanya menekankan lagi aspirasi untuk meningkatkan lagi kehadiran kami di negara itu selain mengukuhkan portfolio antarabangsa kami, khususnya di Amerika.

“Kami berharap dapat menjalin kerjasama dengan pihak terbabit di negara itu serta rakan sedia ada bagi mencapai lebih banyak kejayaan selain memastikan tenaga yang selamat, mampu milik dan lestari di pasaran,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat