Pekan Sehari Temerloh akan diangkat Tapak Warisan Dunia – MB Pahang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tapak Pekan Sehari Temerloh yang memiliki sejarah tersendiri dan keunikannya akan diangkat sebagai Tapak Warisan Dunia di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, satu perbincangan telah dilakukan bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Suris Mihat untuk membuat permohonan tersebut.

“Sebab kita tak dapat dah tempat lain, sebab itu kena jaga Pekan Sehari ini, jadi saya minta juga dari segi kebersihan mesti diutamakan.

“Dan dalam masa yang sama walaupun ada peningkatan tetapi warisan harus dikekalkan kerana tradisi itu yang menarik minat orang datang ke Pekan Sehari Temerloh,” kata beliau.

Sementara itu, Suris memberitahu, pihaknya akan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk urusan permohonan membabitkan antaranya dokumen yang diperlukan untuk merealisasikan usaha tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat