Konsert Wings The Rock Emperor – Kuala Lumpur Chapter mendapat sambutan luar biasa (Fullhouse)

- Advertisement -

Konsert Wings The Rock Emperor – Kuala Lumpur Chapter mencipta Sejarah dengan kehadiran “Fullhouse” seramai 9000 penonton yang memenuhi setiap ruang stadium Malawati Shah Alam, Bunyi gempa gempita dengan sorakan peminat mendengarkan  pekikan suara vokal yang menakjubkan daripada penyanyi Rock yang mempunyai bakat dan tenaga yang luar biasa Dato Awie, 55.

Petikan gitar dari Edrie yang membuka upacara persembahan dan disambut dengan ketukan drum “Black” yang membuatkan seluruh stadium bergegar dan gabungan Bass Eddie dan gitar Syam membuatkan penonton mula bersorak bergema seluruh stadium.

Terkasima dengan persembahan yang bertenaga lagu demi lagu yang berlangsung selama lebih 3 jam dengan konsep teaterikal bertema ala Viking yang mempersembahkan sebanyak 20 buah lagu.

Antara lagu hit dipersembahkan adalah Adone Dari Paran, Jumpa Hilang, Lubuk Pusing, Cinta Seusia Kita, Komplikasi Pramayar, Jerangkap Samar, Bernafas Dalam Lumpur, Gemuruh dan Ingatkan Dia.

Kemudianya sesi “Memori Lane” dimana lagu-lagu yang telah memberi inspirasi kepada kumpulan wings iaitu Scorpions dengan lagu Holiday; Deep Purple (Black Night); Cinderella (Nobody’s Fool; Loudness (Run For Your Life dan Like Hell).

Yang lebih istimewanya adalah, Wings tampil dengan segmen khas buat pejuang di Palestin. Dimulakan dengan Bacaan Doa oleh Dato Awie dan Wings mempersembahkan lagu selawat, Allah Allah Aghisna dendangan asal penghibur dari Indonesia, Nazwa Maulidia.

“Dalam kita suka, ada yang sedang berperang. Izinkan kami menghadiahkan lagu ini untuk pejuang di Gaza dan sama-sama kita doakan mereka,”

“Izinkan saya ajak anda sama-sama menyanyikan lagu ini. Kepada yang bukan Islam, hadirkan niat yang baik untuk semua,” kata Awie

Untuk tidak mengecewakan peminat, Wings memenuhi permintaan peminat dengan mendendangkan lagu malar segar dalam segmen ‘encore’ seperti Rantai, Belenggu Irama, Anugerah, Syakilla dan Taman Rashidah Utama.

Taman Rashidah Utama sepatutnya menjadi lagu penutup konsert, tetapi Wings yang melihat peminat tidak berganjak dan mulai bersorak, akhirnya akur dengan menyanyikan lagu wajib iaitu Sejati, Harapan dan Romania sebelum menutupkan tirai persembahan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat