Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 5,381 orang

- Advertisement -

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Pasir Mas meningkat kepada 5,381 orang berbanding 4,969 pada pagi tadi meskipun cuaca cerah dan baik di kebanyakan kawasan di Kelantan hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu menunjukkan penambahan sebanyak 412 mangsa yang berlindung di 16 buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, kesemua mangsa yang terlibat terdiri daripada 1,713 buah keluarga.

“Daripada jumlah tersebut Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2 menempatkan mangsa paling ramai iaitu 1,192 orang diikuti SK Gual Tok Deh (901), SK Gual Tinggi (583), SK Gual Periok (511) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (477).

“Selain itu, seramai 412 orang berlindung di SK Sri Kiambang, SK Gual Sitok (304), SK Lati (239), Masjid Mukim Padang Licin (255), Madrasah Tasek Bakong (194), SMK Gual Periok (144) dan SK Kedai Tanjong (58),” ujarnya.

Menurut kenyataan itu, Masjid Lubok Gong menempatkan 47 mangsa, Sekolah Menengah Agama Lati (38), SK Kok Pauh (11) Sekolah Menengah Ugama Arab Pohon Buluh (44) dan Masjid Baitul Rahman (9).

Katanya, Sekolah Menengah Ugama Arab Kajang merupakan satu-satunya PPS di Tanah Merah yang masih dibuka dan menempatkan seramai 124 mangsa daripada 34 buah keluarga.

“Selain itu, kebanyakan sungai-sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi bacaan paras bahaya,” katanya. – Kosmo.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat