Bursa Malaysia mula dibeli pelabur asing sejak minggu lalu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelabur asing kembali menjadi pembeli bersih ekuiti domestik minggu lalu, selepas jualan bersih yang singkat pada minggu sebelumnya, dengan nilai pembelian bersih berjumlah RM143.4 juta berbanding penjualan bersih RM276.4 juta sebelumnya, menurut penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd.

Menerusi laporan aliran dana bagi minggu berakhir 15 Disember 2023, cabang penyelidikan bank pelaburan itu menjelaskan aliran masuk asing bersih ke Bursa Malaysia bermula pada Khamis apabila Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah.

“Pelabur asing membeli bersih RM125.3 juta pada Khamis dan RM190.2 juta pada Jumaat, mengembalikan nilai jualan bersih mereka berjumlah RM172.0 juta dari Isnin hingga Rabu.

“Tiga sektor teratas yang merekodkan aliran masuk asing bersih minggu lalu ialah utiliti (RM91.2 juta), penjagaan kesihatan (RM65.9 juta) dan teknologi (RM33.5 juta).

“Sementara itu, tiga sektor teratas mencatatkan aliran keluar asing bersih ialah perkhidmatan kewangan (RM66.8 juta), produk dan perkhidmatan perindustrian (RM21.2 juta) dan tenaga (RM19.2 juta),” lapor Bernama.

Pada masa sama, institusi tempatan terus menjadi pembeli bersih bagi minggu kedua berturut-turut, dengan kadar berkurangan pada RM82.0 juta berbanding minggu sebelumnya sebanyak RM194 juta.

“Mereka membeli bersih dalam sektor seperti perladangan (RM58.6 juta), penjagaan kesihatan (RM55.1 juta) dan perkhidmatan kewangan (RM51 juta).

“Sementara itu, peruncit tempatan beralih menjadi penjual bersih ekuiti domestik,dengan nilai berjumlah RM225.5 juta, selepas dua minggu membuat belian bersih,” menurut penyelidikan MIDF.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan jumlah dagangan harian purata (ADTV) secara keseluruhan, dengan peruncit tempatan sebanyak 22.7 peratus, institusi tempatan pada 31.9 peratus, dan pelabur asing pada 62.8 peratus.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat