Tanah Runtuh: Tiada Mangsa Ditemui Hari Ini, Mangsa Hilang Kekal 9 Orang

- Advertisement -

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm pada hari ketiga, hari ini gagal menemui sebarang mangsa.

Perkembangan itu menyaksikan jumlah individu yang dilaporkan hilang kekal 9 orang dengan 24 mangsa maut, setakat 6.30 petang tadi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dalam satu sidang akhbar di sini.

“Operasi SAR dilaksanakan daripada pagi tadi dan sehingga 6.30 petang, usaha yang dilakukakn daripada lima pasukan (di lapangan) setakat ini masih gagal menemui, namun usaha pengesanan masih lagi dilakukan,” katanya.

Dalam masa sama, Suffian selaku Komander Operasi merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang terlibat dalam menguruskan bencana di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, operasi SAR diteruskan sehingga malam bagi menjejaki baki mangsa yang hilang.

Namun, katanya, sebarang perubahan bergantung kepada keadaan cuaca.

“Pada lebih kurang 4.30 tadi hujan lebat, jadi kita berhentikan operasi kita untuk keselamatan para petugas.

“Sekarang kita sambung semula operasi pencarian dan akan diteruskan sehingga malam bergantung kepada keadaan cuaca.

“Berkemungkinan (disambung) sehingga pukul tiga atau empat pagi, untuk beri peluang kepada (anggota) berehat untuk meneruskan pencarian pada pukul 8 pagi esok,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat