LIPIS – Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis (Pahang) meluluskan usul menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Ismail Sabri, Perdana Menteri Malaysia sehingga selesai penggal ini pada 2023.
UMNO Lipis juga mahu Ismail Sabri dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam PRU15 nanti.
Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dalam ucapan perasmiannya menyatakan Ismail Sabri perlu diberi peluang memimpin, mentadbir Negara sehingga habis penggal ini.
“Kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa tiada pemimpin dari parti lain yang boleh mentadbir dengan baik selain dari parti UMNO dan Barisan Nasional.”
Abdul Rahman yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menegaskan tiada sebab perlu diadakan PRU lebih awal.
“kita perlukan lebih masa untuk beri keyakinan kepada rakyat. Kita perlukan lebih masa kerana Bajet 2023 baru sahaja diluluskan dan ia perlu ditunjukkan dan dibuktikan ketrampilannya kepada rakyat.”
Sementara itu pembawa usul menyatakan sokongan berterusan kepada Ismail hendaklah dizahirkan atas usaha-usaha beliau untuk memulihkan kembali negara dari aspek ekonomi, keselamatan rakyat, politik dan sosial.