Kekalkan Ismail Sabri hingga habis penggal, calon PM akan datang – UMNO Bukit Bintang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Bukit Bintang membawa usul agar Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat tempoh penggal Parlimen ke-14, pada tahun 2023.

Bukit Bintang turut mengusulkan agar Ismail Sabri dijadikan calon Perdana Menteri Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Usul yang dibentangkan dalam mesyuarat Umno Bahagian Bukit Bintang pagi tadi berpendapat Perdana Menteri perlu diberi peluang untuk meneruskan pentadbiran negara dan melaksanakan agenda pemulihan negara berteraskan aspirasi Keluarga Malaysia sehingga tamat penggal.

UMNO Bahagian Bukit Bintang turut menyarakan agar pemimpin dan ahli UMNO memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasakan dan mengukuhkan parti, merapatkan saf dan mempertingkatkan perpaduan sesama ahli serta berusaha bersungguh-sungguh memenangi hati rakyat dan pengundi.

“UMNO perlu kembali memainkan peranan utama sebagai parti yang memimpin penyatuan dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera, seterusnya kembali memainkan peranan sebagai parti tunjang yang menyatukan dan mengharmonikan rakyat di dalam negara.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat