FINAS sedia bersemuka Al Jafree

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedia menerima pandangan penggiat seni berhubung pengarah yang layak diangkat sebagai Ikon Pengarah Muda pada Majlis Apresiasi FINAS, bulan depan.

Sebelum ini, cadangan FINAS mengangkat pengarah filem Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli sebagai Ikon Pengarah Muda mendapat tentangan sebilangan pengarah tanah air.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata, dia menerima pandangan dilontarkan pengarah filem Mencari Rahmat, Al Jafree Md Yusop yang mempersoalkan kewajaran FINAS mengangkat Syahmi sebagai Ikon Pengarah Muda, sedangkan ramai pengarah lain dilihat lebih berkelayakan menerima pengiktirafan.

Antaranya, pengarah filem Roh, Emir Ezwan dan pengarah filem animasi, Ejen Ali, Muhammad Usamah Zaid Yasin.

Al Jafree dalam kenyataannya juga mencabar Zakaria untuk berdebat dengannya. Al Jafree menuntut penjelasan kenapa pengarah filem Mael Totey itu diangkat sebagai ikon dan atas kapasiti apa pengerusi FINAS membuat kenyataan sedemikian.

Bagi menjelaskan persoalan yang ditimbulkan Al Jafree, Zakaria berkata, beliau bersedia untuk bertemu dengannya untuk berdiskusi secara baik, tetapi bukan dengan cara berdebat sebagaimana diminta pengarah itu.

“Sekiranya Al Jafree ingin mengatur pertemuan, saya bersedia dan tiada masalah untuk bertemu dengannya. Bagaimanapun, saya tidak mahu berdebat kerana saya bukan daripada latar belakang perfileman.

“Mungkin saya akan tewas dalam perdebatan ini, sebaliknya saya hanya ingin berjumpa dan duduk berbincang secara baik dengannya. Jadi, pada pertemuan itu, bolehlah saya terangkan kepada Al Jafree tujuan FINAS mengangkat Syahmi sebagai ikon,” katanya kepada BH Online.

 

Pengarah filem Mencari Rahmat, Al Jafree Md Yusop mempersoalkan kewajaran FINAS mengangkat Syahmi Sazli sebagai Ikon Pengarah Muda, sedangkan ramai pengarah lain dilihat lebih berkelayakan menerima pengiktirafan.
Pengarah filem Mencari Rahmat, Al Jafree Md Yusop mempersoalkan kewajaran FINAS mengangkat Syahmi Sazli sebagai Ikon Pengarah Muda, sedangkan ramai pengarah lain dilihat lebih berkelayakan menerima pengiktirafan.

 

Menjelaskan alasan pemilihan Syahmi sebagai Ikon Anak Muda, Zakaria berkata, keputusan dibuat kerana melihat kegigihan ditonjolkan anak muda berasal dari Kelantan yang sanggup mengumpul pendapatan yang diraih daripada saluran YouTube demi menghasilkan filem sulung.

Zakaria berkata, beliau mengagumi Syahmi kerana pemuda berusia 25 tahun itu tidak memiliki latar belakang perfileman dan bukan graduan dalam bidang perfileman, tetapi mampu menghasilkan filem pecah panggung yang meraih kutipan sebanyak RM7 juta dengan modal sebanyak RM300,000.

“Usaha Syahmi mengorak langkah dalam dunia perfileman seharusnya dibanggakan. Bayangkan, daripada seorang yang bergelar usahawan, dia berjaya bergelar pengarah, malah sanggup keluar modal sendiri untuk menghasilkan filem.

“Saya berani katakan, jika dia minta dana FINAS untuk buat filem sebelum ini, kami tidak luluskan kerana syarikatnya kecil. Tetapi, Syahmi sanggup keluarkan modal sendiri tanpa bantuan sesiapa, sedangkan dia bukan graduan perfileman dan tidak ada ijazah.

“Sebaliknya, dia hanyalah anak muda dari luar bandar dan bermula sebagai seorang YouTuber. Malah, kesanggupannya mengambil Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai barisan pelakon juga menimbulkan rasa kagum FINAS kepadanya. Jadi, kami berasakan Syahmi layak untuk menerima anugerah Ikon Anak Muda.

“Bila sebut mengenai ikon, ia bukan sekadar menghasilkan filem berkualiti, tetapi keperibadiannya boleh menjadi inspirasi kepada anak muda lain,” katanya.

Zakaria berkata, beliau berharap Syahmi akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan untuk anak muda lain khususnya mereka yang berasal dari luar bandar.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat