Pengalaman mentadbir dimiliki BN akan bangunkan Sabah dan rakyatnya – Bung Moktar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berikrar parti itu akan terus memainkan peranan yang lebih efektif dan efisien untuk memastikan pembangunan akan terus diterima oleh rakyat secara berterusan.

Ketua Umno Sabah itu yakin dengan pengalaman yang ada merela akan dapat terus membangun ke hadapan bersama rakyat.

“Hari penamaan calon PRU Negeri Sabah 2025. Alhamdulillah semua calon calon yang mendaftar dan diterima masuk sebagai calon parti masing masing dan ada juga yang mendaftar sebagai calon bebas.

“Saya bersyukur, hari penamaan calon tahun ini tidak dicemari oleh apa-apa insiden yang tidak diingini walaupun ada cubaan daripada penyokong parti GRS yang ‘memboo’ calon-calon lain termasuk calon daripada BN.

“Walaupun perkara sebegini tidak seharusnya timbul sebab semua parti seharusnya berdisiplin dalam menjalankan siasa politik kerana politik ini bukanlah tempat untuk kita beremosi tetapi untuk mencari solusi, penyelesain dan perancangan masa depan yang baik.

“Barisan Nasional akan terus memainkan peranan yang lebih efektif dan efisien untuk memastikan pembangunan akan terus diterima oleh rakyat secara berterusan, sebab kami yakin dengan pengalaman yang ada ini kami akan dapat terus membangun kehadapan bersama rakyat,” katanya sambil menyeru rakyat Sabah memilih calon BN.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat