KOTA KINABALU – Calon Barisan Nasional (BN) DUN N.24 Tanjong Keramat Jeffery Nor Mohamed tidak gentar berdepan saingan 11 penjuru kerana beliau yakin dengan perjalanan demokrasi.
Beliau yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya Umno Sabah mendedahkan, gerak kerja parti itu di Sabah sudah bekerja sejak 2 tahun lalu menyelami isu di setiap bahagian bagi persiapan menghadapi pilihan raya kali ini.
Sebagai orang lama, Jeffrey mengakui 10 daripada 11 calon yang merebut kerusi Tanjong Keramat dikenalinya, ada yang berstatus saudara dan kawan lama cuma calon bebas sahaja tak kenal.
“Masa penamaan calon baru-baru ini bila saya melihat ini semua saya kenal -kalau calon Warisan itu budak kampung saya, calon GRS ialah adik Shahelmy
yang parti Kenyalang kenal, yang penulis kenal cuma calon bebas saya tak kenal. Rata-rata calon semua saya kenal dan mereka ini ada yang saudara, kawan kenal lama.
“Putatan ni hari ini dalam sejarah kalau dulu Putatan kalau bertanding yang ingin bertanding calonnya paling banyak pun 4 penjuru tapi kali ini paling bersejarah dalam Parlimen Putatan termasuk DUN Tanjung Aru, Petagas dan Tanjung Keramat dia merupakan yang luar biasa kali ini tapi saya memandangnya secara positif kerana kita telah mengangkat demokrasi itu dengan baik.
“Jadi bagi saya itu bukan satu benda yang negatif bagi kita tapi ramai juga yang menyatakan bahawa ini peluang kepada Umno kerana kita ada ‘core voters’ yang memberikan ruang lebih kepada Umno.
“Tetapi saya telah memberitahu kepada jentera saya bahawa kita tidak boleh memandang rendah pada pihak lawan, kita jangan overconfident biarpun dulu dipanggil fix deposit.
“Kita mesti mengangkat demokrasi dengan baik dan kita mesti tunjukkan kepada rakyat Putatan bahawa kita komited dengan cara demokrasi ini berjalan dan kita komited untuk membantu rakyat dan kita sudah bekerja dari dulu lagi sudah tentu kita dikenali dan diketahui,”kata Jeffrey dalam temu bual bersama SuaraTV.
Menurut beliau sehingga hari ini tempoh kempen masih tidak berlaku serangan peribadi antara calon di media sosial dan berlangsung harmoni meski sengit.
“Biasalah kadang-kadang pihak lawan kita hentam tapi nampaknya sampai kini masih lagi belum ada menghentam-hentam dalam media sosial nampak kita berjanji untuk berkempen secara sihat, kita jangan hentam peribadi, jangan hentam keluarga, kalau nak lapor SPRM program ini tidak ada permit itu tiada masalah.
“Tapi kita buat secara harmoni boleh bertemu di tengah jalan, boleh berkawan dengan baik tetapi kita sama-sama mengangkat demokrasi yang lebih baik dan lebih positif untuk kita tunjuk kepada rakyat Putatan,” ujar beliau.



