Anwar tolak tuduhan guna harta kerajaan berkempen PRN Sabah, PM kena ada sekuriti

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau menggunakan harta serta kemudahan kerajaan bagi tujuan kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menteri Kewangan itu menegaskan semua program yang dihadirinya di Sabah adalah program kerajaan yang sudah dijadualkan lebih awal, sementara sebarang aktiviti berkaitan kempen PRN Sabah dilakukan sepenuhnya di bawah platform parti.

Mengenai penggunaan kenderaan rasmi kerajaan, beliau berkata ia bukan suatu pilihan, sebaliknya kewajipan atas faktor keselamatan.

“Kalau macam tu saya nak guna mobil (kenderaan) mana… (Guna kenderaan) kerajaan, itu kelonggaran.

“PM (Perdana Menteri) kena guna pasukan keselamatan dan kenderaan rasmi dalam apa program sebab pertimbangan sekuriti,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai penggunaan aset kerajaan ketika Anwar berkempen sempena PRN Sabah, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan beliau sendiri sudah menetapkan garis panduan yang melarang program kempen parti melibatkan mana-mana agensi atau institusi kerajaan.

Memberi contoh satu program bersama mahasiswa yang dijadual diadakan di universiti, katanya beliau sendiri mengarahkan ia dibatalkan di tukar tempat.

“Ada satu program bersama mahasiswa iaitu Temu Anwar dan dibuat di universiti…. saya batalkan dan tukar tempat.

“Ini kerana saya tidak mahu universiti secara rasmi terbabit menganjurkan program Anwar untuk bertemu dengan anak muda,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat