Sabah usahakan projek rintis tukar tenaga haba lautan kepada elektrik – Hajiji

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sabah dalam usaha membangunkan satu kajian awal kebolehlaksanaan bagi projek perintis tenaga boleh baharu menggunakan teknologi Penukaran Tenaga Haba Lautan (OTEC) pada tahun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata kajian yang dilaksanakan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dibiayai Program Boleh Baharu Marin Shell, dijangka siap akhir tahun ini.

Katanya, OTEC adalah unsur tenaga boleh diperbaharui yang memanfaatkan perbezaan suhu antara air laut dalam dan permukaan air laut untuk penjanaan elektrik.

Sabah mempunyai potensi besar bagi membangunkan teknologi berkenaan sebagai alternatif menjana tenaga elektrik untuk keperluan negeri ini.

“Berdasarkan dapatan jururunding, Sabah boleh menghasilkan 20,000 megawatt (MW) tenaga, iaitu 15,000 MW di kawasan pantai barat dan 5,000MW di kawasan pantai timur Sabah menggunakan teknologi OTEC,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di Kota Kinabalu pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) mengenai perkembangan bidang OTEC di Sabah selepas kelulusan Enakmen OTEC Sabah 2024, baru-baru ini.

Hajiji berkata, setakat ini, Majlis Tenaga Sabah juga meluluskan tiga syarikat tempatan menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif menggalakkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi OTEC di Sabah, lapor BH.

“Syarikat terbabit diberikan tempoh setahun untuk memuktamadkan kajian mereka.

“Hasil kajian kebolehlaksanaan itu nanti akan diusulkan semula kepada kerajaan negeri untuk pertimbangan dan kelulusan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat