Sektor awam dan swasta diseru semarak pendigitalisasi bantu pulih ekonomi – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kolaborasi sektor awam dan swasta diperlukan dalam usaha menyemarakkan usaha pendigitalisasi untuk merancakkan semula ekonomi,” seru Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri mengesyorkan agar sektor awam dan swasta bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain dalam menyemarakkan usaha pendigitalisasi perkhidmatan dan penyampaian kepada rakyat.

Beliau berkata, dengan kolaborasi seperti itu, Malaysia akan melangkah ke ekonomi digital dengan yakin dan cukup bersedia.

“Tahniah kepada Permodalan Nasional Bhd (PNB) kerana bukan sahaja turut menyemarakkan agenda digitalisasi negara, malah secara tidak langsung menambah baik kaedah penyampaian dan pendekatan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Minggu Saham Digital (MSD) 2021 secara maya pada Khamis.

Perdana Menteri berkata, pada saat negara berhempas pulas menguruskan impak pandemik COVID-19, PNB tetap meneruskan agenda literasi kewangannya, malah ditambah baik agar lebih ramai daripada Keluarga Malaysia dapat terbabit sama.

“Saya menyambut baik inisiatif PNB menganjurkan MSD sekali lagi bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai pengurusan kewangan.

“Pada hemat saya, ini adalah platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk sama-sama mempelajari tip mengurus kewangan, menabung dan melabur dalam suasana santai dan selesa bersama keluarga,” katanya memetik BH.

Ismail Sabri berkata, menerusi MSD 2021, PNB terus relevan dan lestari dalam mendukung mandat meningkatkan kekayaan masyarakat Bumiputera dan negara secara keseluruhan.

“Saya difahamkan acara tujuh hari sudah mula bersiaran secara penstriman langsung semalam. Harapan saya semoga usaha ini menjadi tarikan kepada pengunjung dalam talian, khususnya golongan belia dan remaja dalam suasana harmoni Keluarga Malaysia kita yang dicintai.

“Saya menyeru semua rakyat Malaysia agar sama-sama menjayakan hasrat murni PNB dan negara, untuk membangunkan masyarakat celik pelaburan dan celik digital dengan menyokong MSD 2021,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat