STR, SARA diumum naik tinggi tahun depan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengumumkan kenaikan tertinggi bagi bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta Sumbangan Asas Rahmah (SARA), berjumlah RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, peningkatan ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima, bersamaan 60 peratus daripada populasi dewasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, pada Jumaat.

“Pada 2025 4.1 juta penerima kategori isi rumah STR akan menerima SARA sebanyak RM100 sebulan, berbanding 700,000 penerima tahun ini.

“Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima mulai April 2025, dan boleh dibelanjakan untuk keperluan asas seperti makanan dan minuman, ubat ubatan, bekalan sekolah, dan barangan kebersihan diri di lebih 600 pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.

“Kategori individu akan menerima STR sebanyak RM600.

“Peruntukan tambahan RM3 bilion itu membolehkan jumlah maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.

“Kami mengakui dan mendengar kebimbangan mengenai kos sara hidup. Justeru, kita mengambil langkah dan dasar ekonomi yang melibatkan penambahan peruntukan dan jumlah maksimum bantuan tunai, yang merupakan yang tertinggi pernah disediakan oleh Kerajaan bagi menangani kos sara hidup rakyat,” kata Anwar.

Selain itu beliau memaklumkan akan ditambah dengan peningkatan peruntukan bantuan tunai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM2.9 bilion ringgit, berbanding RM2.4 bilion.

Kadar bantuan kebajikan bulanan untuk golongan miskin akan dinaikkan seperti berikut: Kadar Bantuan Warga Emas akan dinaikkan kepada RM600 sebulan, berbanding RM500 sebulan.

Kadar Bantuan Kanak-kanak untuk Keluarga Miskin juga akan dinaikkan seperti berikut: Daripada RM200 kepada RM250 setiap kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dan daripada RM150 kepada RM200 setiap kanak-kanak berumur 7 hingga 18 tahun.

Di Wilayah Persekutuan, kadar bantuan am juga akan dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100, dengan maksimum setiap keluarga RM500 sebulan.

“Saya menggesa semua Kerajaan Negeri untuk meningkatkan Kadar Bantuan Am Negeri mereka,” kata Anwar.

Tambahnya, pengiraan jumlah bantuan daripada STR, SARA dan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan dibuat seperti berikut: Bagi isi rumah miskin dengan tiga anak layak menerima lebih RM13,000, peningkatan ketara daripada RM11,000 pada masa ini.

“Manakala, warga emas miskin layak menerima lebih RM10,000 setahun, berbanding RM8,000.

“Ini bermakna tiada warganegara di Malaysia akan mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,100 sebulan.

Beliau berkata ini belum lagi mengambil kira bantuan daripada kerajaan negeri, zakat dan yayasan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat