Lima Produk Inovasi Terbaharu Mardi Mampu Majukan Industri Agromakanan

- Advertisement -

SERDANG – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) hari ini melancarkan lima produk inovasi terbaharu yang sedia dikomersialkan.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah, produk inovasi itu merupakan  usaha bagi memajukan industri agromakanan negara.

Produk yang dilancarkan sempena Hari Inovasi Mardi 2022 hari ini ialah Kit diagnostik penyakit padi FlocTest, Formulasi nano-bakterisida XanthoZIDE, Bar Enduran Pembebasan Tenaga Berkala, Kandi Tenaga dan Teknologi Minuman Pemulihan Sukan.

“Saya berharap inovasi berasaskan sains dan tekonologi dapat memberikan faktor ‘wow’ serta menarik minat golongan muda untuk turut menyumbang dalam agenda pemodenan sektor agromakanan,” katanya pada majlis pelancaran yang diadakan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad berkata, inovasi melalui pendekatan moden dan pertanian pintar merupakan pengubah keadaan utama dalam mentransformasi sektor agromakanan negara.

Katanya, dengan pendekatan tersebut ia boleh memacu ekosistem agromakanan negara menjadi lebih mampan dan berdaya tahan.

Ia sekaligus dapat mengatasi beberapa isu yang menjejaskan rantaian bekalan makanan seperti kenaikan kos bahan makanan ternakan yang dihadapi negara sejak kebelakangan ini, ujar Ahmad.

Selain itu, Ahmad berkata, usaha untuk memperkukuh sekuriti makanan negara merupakan proses berterusan dan ia memerlukan kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakannya.

“Usaha sama dan kolaborasi strategik yang utuh amat diperlukan daripada semua pihak termasuk agensi persekutuan, kerajaan negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan barisan hadapan terdiri daripada petani, penternak dan nelayan.

“Adalah menjadi harapan saya ia dapat dimanfaatkan selari dengan matlamat menjamin sekuriti makanan negara dan memastikan Keluarga Malaysia memperoleh bekalan makanan yang mencukupi dan selamat pada harga yang berpatutan,” katanya lagi.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Mardi kerana Hari Inovasi Mardi hari ini yang bertemakan ‘Penyelidikan dan Pembangunan Memperkasakan Sekuriti Makanan’ berjaya menampilkan hasil kajian berinovatif yang selari dengan tugas agensi itu sebagai institusi penyelidikan agromakanan utama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

“Hari Inovasi Mardi yang diadakan setiap tahun menunjukkan komitmen berterusan pihak pengurusan institut bagi menyemai serta memperkasakan budaya inovasi dan kreativiti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat