Melaka Memilih: Mesyuarat Khas Berkaitan PRN Melaka Hari Ini

- Advertisement -

MELAKA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini.

Mesyuarat yang akan dipengerusikan Datuk Abdul Ghani Salleh itu dijangka bermula jam 9 pagi di sebuah hotel di sini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Okt lalu selepas Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam bersetuju membuat keputusan itu.

Ini selepas Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengutuskan surat pembubaran kepada Mohd Ali.

Ia susulan empat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Empat bekas ADUN itu adalah Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas).

-Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat