COVID-19: Rusia Terus Catat Peningkatan Kes Mendadak

- Advertisement -

ENGELS: Rusia merekodkan jumlah jangkitan harian COVID-19 baharu tertinggi dan jumlah ini meningkat daripada 70 peratus yang dicatat bulan lalu.

Pasukan COVID-19 Nasional pada Ahad memaklumkan bahawa 34,303 jangkitan baharu dicatatkan pada hari sebelumnya, berbanding dengan 20,174 yang dilaporkan pada 19 September.

Angka kematian pula mencatatkan angka 999 lebih rendah daripada 1,002 kes yang dilaporkan pada Sabtu.

Jumlah itu menjadikan Rusia mencatatkan kematian kelima tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat, Brazil, India dan Mexico.

Pihak berkuasa Rusia telah berusaha untuk mempercepat langkah vaksinasi dengan pelbagai insentif, namun perasaan ragu-ragu terhadap vaksin dalam kalangan penduduk telah mengganggu usaha tersebut.

Minggu ini sekitar 43 juta penduduknya, atau sekitar 29 peratus daripada hampir 146 juta orang di negara itu, telah menerima vaksin lengkap.

Walaupun jumlahnya meningkat, Kremlin telah sekali lagi melaksanakan sekatan baharu di seluruh negara seperti pada awal pandemik yang menyebabkan kerugian kepada ekonomi dan mengikis populariti Presiden Vladimir Putin.

Sebilangan daripada 85 wilayah Rusia telah menghadkan kehadiran di acara umum yang besar dan akses terhad ke teater dan restoran.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat