93.8 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Divaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui portal COVIDNOW memaklumkan lebih 21.96 juta individu atau 93.8 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sementara itu, 97.2 peratus atau 22.74 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 114.4 peratus kadar vaksinasi populasi dewasa dicatatkan di Lembah Klang iaitu yang tertinggi diikuti Negeri SYaacobembilan dengan 100.6 peratus, Labuan 101.2 peratus, Perlis, Pulau Pinang, Johor dan Melaka.

Sehingga kini, Kelantan dan Sabah masih mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa di bawah 80 peratus apabila masing-masing merekodkan 76.6 peratus dan 70.5 peratus.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 22.76 juta individu atau 69.7 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Manakala, 77.2 peratus atau 25.2 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 806,330 atau 25.6 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 101,415 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini adalah lebih 47.83 juta dos.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat