PAS pimpinan Hadi patut bawa ke arah perpaduan bukan perpecahan – Saifuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengingatkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya bertindak sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, kenyataan perlu berdasarkan fakta dan membawa perpaduan, bukan perpecahan.

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) malah menegaskan, pemimpin harus kritis dalam menilai penggunaan agama, membezakan antara kepentingan politik dan kebaikan ummah secara tulen.

“Kita harus mengelakkan retorik yang memecah-belahkan dan sebaliknya mengutamakan dialog konstruktif untuk menangani cabaran negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut Saifuddin, pemimpin PAS sering mendakwa diri sebagai ulama yang mengikuti Kerajaan Hidayah dan Hadi mengkritik Kerajaan Perpaduan Madani sebagai Kerajaan Jibayah.

Walau bagaimanapun ujar beliau, usaha Kerajaan Madani meningkatkan ekonomi negara untuk membantu rakyat terbukti berhasil, manakala cubaan lemah PAS merosakkan kepercayaan pelabur menunjukkan perjuangan politik yang hipokrit dan berlandaskan fitnah.

“PAS hari ini telah menyimpang jauh daripada perjuangan asal yang diasaskan oleh tokoh-tokoh seperti Prof Zulkifli Muhammad, Burhanuddin Al Hilmi, Ustaz Fadhil Noor, Yusuf Rawa dan Tuan Guru Nik Aziz.

“Di bawah kepimpinan Hadi Awang, pasti mereka menitiskan air mata melihat PAS mengalami kemerosotan, termasuk kegagalan Hadi Awang mempertahankan kemenangan di Terengganu pada PRU 1999, di mana beliau hanya menjadi Menteri Besar sepenggal, dikenang kerana kepimpinan yang tidak kompeten dan lemah,” bidas Saifuddin lagi.

Tambah beliau lagi, sejarah akan merakamkan Muktamar Tahunan ke-70 PAS sebagai kemuncak politik kebencian yang membiakkan budaya fitnah, mencerca dan memaki hamun dalam PAS di bawah kepimpinan Hadi.

“Sejak 40 tahun lalu, identiti Hadi sudah sinonim dengan politik kebencian dan menyemarakkan fenomena takfir di negara ini. Lidahnya tidak letih mencaci-cerca saingannya dan sangat liberal menggunakan label kafir, nifaq, agen Barat.

“Freemason dan lain-lain lagi terhadap mereka yang tidak disukainya. Akhlaq dan gelagatnya lebih hampir kepada Abdul Rahman ibn Muljam dan menyimpangi daripada tauladan Rasulullah S.A.W.

“Adalah penting untuk kita memahami sejarah dan konteks dengan tepat sebelum membuat perbandingan atau tuduhan,” tegur Saifuddin.

Jelas beliau, pernyataan yang dibuat oleh Presiden PAS, Hadi perlu ditinjau semula berdasarkan beberapa fakta penting.

“Fakta sejarah menunjukkan Madinah diperintah oleh Nabi Muhammad SAW dan para pengikut beliau yang beriman dan bukan golongan munafiqun.
Oleh itu, perbandingan antara kerajaan perpaduan hari ini dengan golongan munafiqun di Madinah adalah fidak tepat dan mengelirukan.

“Dari sudut agama, adalah tidak wajar untuk menuduh sesiapa sebagai munafik kerana keimanan seseorang hanya diketahui Allah SWT dan kita sebagai manusia fidak mempunyai hak atau kemampuan untuk menilai keimanan orang lain.

“Perlu dingatkan bahawa semasa PAS dalam kerajaan persekutuan (2020-2022), tiada usaha untuk mengharamkan arak dan perjudian, menunjukkan isu ini lebih kompleks. 30 bulan lebih PAS menyertai kerajaan PN membuktikan di sebalik retorik-retoriknya, PAS sebenarya lompong dan ketandusan idea dalam memimpin dan membangunkan negara. Kegagalan ini jelas apabila rakyat sendiri terpaksa memulakan Kempen Bendera Putih untuk membantu sesama sendiri,” katanya.

Saifuddin juga memberitahu, walaupun kini PAS memerintah empat negeri dengan sebahagiannya majoriti penuh, tindakan serupa masih belum diambil.

“Ini membuktikan bahawa pelaksanaan dasar memerlukan pertimbangan lebih luas dan PAS kekurangan idea dalam memimpin negara. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan dasar-dasar tersebut bukan sekadar isu kekuasaan politik tetapi melibatkan pertimbangan yang lebih luas.

“Cacian, kebencian dan angan-angan inilah yang dihidangkan pemimpin-pemimpin PAS dalam ucapan-ucapan dan resolusi-resolusi mereka pada Muktamar PAS ke 70,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat