Kaki, tangan wanita AS dipotong selepas makan tilapia dicemari bakteria

- Advertisement -

WASHINGTON – Kaki dan tangan seorang wanita di California terpaksa dipotong akibat jangkitan bakteria selepas dia memakan beberapa ekor ikan tilapia yang tercemar, kata rakan-rakannya seperti dilaporkan akhbar New York Post kelmarin.

Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya pada Khamis lalu selepas berada di hospital selama beberapa bulan.

“Ini mungkin berlaku kepada mana-mana daripada kami,” kata rakannya, Anna Messina kepada badan penyiaran tempatan, KRON.

Laura yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun, jatuh sakit beberapa hari selepas memakan ikan yang dibeli di sebuah pasar tempatan di San Jose.

“Jarinya hitam, kakinya hitam, bibir bawahnya hitam. Dia mengalami sepsis lengkap dan buah pinggangnya tidak berfungsi,” tambah Anna sebelum pesakit menjalani pembedahan.

Laura dijangkiti bakteria Vibrio Vulnificus yang berpotensi membawa maut dan kerap ditemui dalam makanan laut mentah serta air laut. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat