Anwar luang masa jumpa pelabur China, CCC dan Huawei

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa untuk bertemu dua syarikat China yang ingin mengembangkan pelaburan mereka di Malaysia semasa di Nanning, China.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, syarikat-syarikat tersebut adalah China Communications Construction Company (CCCC) dan Huawei.

“Perdana Menteri juga telah meluangkan masa untuk bertemu dua syarikat China yang ingin mengembangkan pelaburan mereka di Malaysia semasa di Nanning, China. Syarikat-syarikat tersebut adalah China Communications Construction Company (CCCC) dan Huawei.

“Syarikat CCCC merupakan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan komprehensif global terkemuka bagi sektor infrastruktur. CCCC berminat untuk mengukuhkan kerjasama dengan Malaysia, khususnya projek MRT3.

“Huawei pula merupakan syarikat yang telah beroperasi di Malaysia selama 22 tahun dan telah menyumbang kepada penciptaan pekerjaan bernilai tinggi dan pembangunan bakat,” katanya.

Tengku Zafrul juga menyatakan mereka telah berbincang mengenai langkah-langkah yang boleh diambil supaya Huawei boleh menyokong misi #MalaysiaMADANI, terutamanya berkaitan ekonomi digital dan bidang tenaga hijau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat