Tajudin Sebak Dengan Kemampuan Bung Urus BN Sabah

- Advertisement -

KUDAT – Parti Warisan Sabah (Warisan) perlu berhenti berbohong kepada rakyat mengenai pencapaian mereka dalam menunaikan janji dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, Warisan yang diterajui Datuk Seri Shafie Afdal telah diberi amanah menerajui kepimpinan negeri namun telah gagal menguruskan ekonomi dan bantuan kepada rakyat.

“Mereka telah gagal menguruskan ekonomi kita walaupun telah si beri amanah untuk memerintah selama dua tahun lebih.

“Umum peruntukan bantuan Covid-19 beratus juta tapi berapa kerat saja yang dapat?” soalnya di sini sebentar tadi.

Bung yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan berkata demikian ketika sesi bersama pengundi di DUN Paginatan dalam Parlimen Kudat.

Bung ketika ini sedang mengadakan lawatan ke Parlimen Kudat sempena program kempen jelajah seluruh Sabah sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan minggu hadapan.

Turut hadir dalam majlis terbabit ialah, calon BN bagi DUN Paginatan, Junaidi Sahat; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajudin Rahman dan Datuk Johan Abdul Aziz, Ketua Pemuda UMNO, Ir. Aziz Zulkarnain, Ketua Puteri UMNO Sabah, Dr Fadilah Sarbi.

Sementara itu Tajudin dalam ucapan alu-aluan sebagai bapa angkat DUN ini memuji kebolehan dan kemampuan Bung dan seluruh jentera BN Sabah.

Dengan nada sebak, Tajudin menyatakan beliau sangat terkesan dengan kesungguhan Bung dan pasukannya yang mengangkat semula BN dan UMNO di Sabah.

“UMNO Sabah dan Bung telah membuktikan kemampuan di Kimanis. Saya yakin jika kita semua bekerja keras kita dapat membantu Bung mendapatkan kembali kerajaan negeri sabah,” katanya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat