Bung Harap Musa Turun Kempen Menangkan BN, UMNO

- Advertisement -

KUDAT – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berharap mentornya, Tan Sri Musa Aman untuk turut membantu kempen BN dan UMNO di Sabah.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi UMNO Sabah mengharapkan bekas ketua menteri itu ‘terbuka hati’ untuk turun ke lapangan bagi berkempen bagi memenangkan calon-calon UMNO di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Saya mengharapkan (Tan Sri) Musa boleh berkempen untuk UMNO.

“Mungkin tidak hari ini, esok dia akan turun berkempen untuk UMNO. Saya harap macam itulah. Mungkin beliau boleh tolong kempen untuk calon di Libaran, memandangkan beliau bekas pemimpin di sana dan tentunya bekas Ketua Menteri Sabah.

“Khabar angin yang katakan Musa akan turun berkempen di Libaran adalah berita baik, datanglah tolong berkempen,” rayu Bung kepada Musa ketika ditemui sebentar tadi.

Media semalam melaporkan, Musa membuat kemunculan dengan memberikan ceramah untuk calon Perikatan Nasional (PN) selepas lima hari ‘hilang’ di saat jentera semua parti sibuk menarik pengundi.

Selain itu, Musa turut membuat kejutan apabila muncul di pentas ceramah di Beaufort, semalam.

Segak berpakaian batik, beliau hadir dengan memakai pelitup muka, memegang tongkat sambil duduk tersenyum di kerusi tetamu kehormat menunggu kedatangan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada program Peladang, Penternak dan Nelayan Sabah di Dataran Bagandang.

Musa pada 29 Julai, menggegar landskap politik Sabah apabila mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Situasi itu seterusnya menyebabkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan ketua menteri.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan 12 September sebagai hari penamaan calon dan hari pengundian pada 26 September ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat