Tidak Semestinya Saya Calon Ketua Menteri, Kata Bung Moktar

- Advertisement -

KUDAT – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi bayangan tidak semestinya beliau akan menjadi Ketua Menteri Sabah jika parti itu memenangi pilihan raya negeri pada 26 September ini.

Calon Dun Lamag itu menegaskan, beliau tidak meletakkan jangkaan untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Kita akan putuskan siapa Ketua Menteri hanya selepas pilihan raya. Lihat dulu berapa banyak kerusi yang dimenangi BN.

“Jika BN menang majoriti besar, maksudnya BN ada peluang untuk melantik calon Ketua Menteri.

“Tugas saya sekarang ini adalah memastikan kemenangan BN, jika semua calon BN menang mudah untuk kita membentuk kerajaan negeri,” jelas Bung.

Tegas beliau, dalam Perlembagaan Sabah formulanya mudah, pemimpin akan dilantik daripada parti yang menang besar.

Sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kemungkinan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor, dilantik sebagai Ketua Menteri jika gabungan Perikatan Nasional (PN) dan rakannya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak dipersetujui Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan calon ketua menteri Sabah yang baharu akan dipilih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri BN dan rakan-rakan politik dalam Gabungan Rakyat Sabah.

Menurut Ahmad Zahid, nama calon ketua menteri akan dipilih selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menang dan  berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat