Nik Abduh label PH Si Tanggang tuduh Kelantan tapak Melayu terancam

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Negara Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz melabel Pakatan Harapan (PH) sebagai Si Tanggang susulan tuduhan Kelantan sebagai tapak Melayu terancam.

Nik Abduh menempelak PH kerana sebelum ini gabungan itu pernah menjadikan Kelantan sebagai tapak untuk mereka ke Putrajaya.

“PH tuduh Kelantan tapak Melayu terancam. Miskin, dadah bla bla.

“Masa susah dulu, Kelantanlah tapak mereka ke Putrajaya. Si Tanggang,” selar Nik Abduh.

Difahamkan sebelum ini, Naib Presiden PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pernah menyebut ancaman sebenar terhadap masyarakat Melayu bukan datang daripada kaum lain, sebaliknya kemiskinan dan masalah sosial yang menjejaskan masa depan generasi mereka.

Menteri Dalam Negeri itu berkata, tumpuan seharusnya diberikan kepada masalah sebenar yang membelenggu masyarakat Melayu berbanding terus memainkan sentimen bahawa Melayu dan Islam sentiasa terancam.

Katanya, kemiskinan perlu ditangani secara serius kerana kesempitan hidup bukan sahaja memberi kesan kepada sesebuah keluarga, malah boleh menjejaskan masa depan anak-anak.

“Melayu tak terancam kalau ada orang Cina dalam negara. Melayu tak terancam kalau ada orang lain dalam negara.

“Melayu terancam kalau orang Melayu miskin. Melayu terancam kalau orang Melayu paling banyak terpinggir dalam negara. Ini ancaman kepada orang Melayu,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Tahunan PKR.

Saifuddin yang kini menggalas tugas-tugas Timbalan Presiden berkata, penyalahgunaan dadah khususnya dalam kalangan anak muda juga perlu dilihat sebagai ancaman terhadap masa depan masyarakat Melayu.

Beliau berkata, masalah berkenaan amat ketara di negeri-negeri majoriti Melayu, antaranya Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Ancaman terbesar kepada Melayu adalah anak-anak Melayu terjebak dengan dadah. Bila kita semak data, siapa yang terlibat? Umur 15 hingga 39 paling tinggi,” katanya.

Menurut Saifuddin, perhatian sewajarnya perlu diberikan kepada soal pendidikan, pekerjaan dan peluang ekonomi anak muda berbanding hanya menjadikan parti atau kaum tertentu sebagai sasaran politik.

Katanya, perkara berkenaan perlu ditangani sekiranya mahu membela masyarakat Melayu secara lebih menyeluruh.

“Melayu terlibat dengan dadah, ini ancaman kepada bangsa Melayu. Jangan kita main politik negatif,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat