KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) telah meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah membuat keputusan untuk menuduh beberapa orang suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina berdasarkan keterangan yang ada.
AGC dalam kenyataan memaklumkan, keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menggangu proses inkues yang akan berjalan.
“Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah,” jelas jabatan itu.



