YBR Terima Anugerah ‘Foundation Of The Year (Banking)’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) dipilih sebagai penerima anugerah ‘Foundation Of The Year (Banking)’ di Majlis Sustainability & CSR Malaysia Awards 2022, hari ini.

Penyerahan anugerah tersebut berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Dato’ Ramlan Harun kepada Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin yang mewakili Yayasan Bank Rakyat.

Anugerah oleh CSR Malaysia itu adalah sebagai penghargaan berikutan inisiatif korporat sosial yang telah dijalankan oleh Yayasan Bank Rakyat sepanjang tahun 2021, dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM19.92 juta.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, anugerah ini adalah pencapaian YBR dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sepanjang tahun lalu (2021) dan diharap ia menjadi sumber inspirasi bagi organisasi lain (Badan Bukan Kerajaan) untuk terus membantu masyarakat Malaysia yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

“Anugerah ini turut mencerminkan komitmen YBR dalam usaha meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi rakyat Malaysia melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan.

“Penghormatan yang diberikan ini sedikit sebanyak membuktikan YBR menjadi salah satu agen perubahan dalam transformasi sosioekonomi Malaysia yang lebih mampan dan telus.

“YBR ingin mengucapkan terima kasih kepada Anggota Bank Rakyat, badan-badan kerajaan, rakan-rakan kerjasama strategik, badan berkeuntungan dan bukan berkeuntungan, termasuk pelanggan yang menjadi sebahagian daripada kejayaan ini,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,495FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat