Jangan kekalkan struktur Kabinet PN – Asyraf Wajdi beritahu calon PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon Perdana Menteri dari UMNO/BN tidak boleh mengekalkan struktur Kabinet Perikatan Nasional (PN) seperti sebelum ini gesa Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Tegas beliau calon tersebut juga harus taat kepada titah Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah Kabinet yang mampu menterjemahkan permuafakatan dan perpaduan semua parti-parti politik dalam tempoh untuk menangani COVID-19, menguruskan kesejahteraan rakyat dan agenda pemulihan negara, sebelum masa sesuai untuk diadakan PRU-15 akan datang.

“Dalam Mesyuarat MKT malam tadi, saya menegaskan bahawa siapapun yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri daripada BN/UMNO, tidak boleh mengikat dirinya dengan apa jua bentuk perjanjian untuk mengekalkan struktur Kabinet Kerajaan PN yang lalu,” kata Asyraf di Facebooknya pada Rabu.

Menurut beliau, sebagaimana yang dimaklumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkongsi intipati titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong berkali-kali menegaskan dalam sesi mengadap ketua-ketua parti semalam, “yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua”.

“Tentunya ada sebab dengan penuh hikmah kenapa Tuanku Yang di-Pertuan Agong menitahkan ‘undi percaya’ atau ‘vote of confidence’ dilakukan di Parlimen untuk mengabsahkan kedudukan Perdana Menteri, setelah dinamakan kelak oleh Baginda,” kata beliau.

Semalam, UMNO telah mencapai kata sepakat untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Persetujuan itu dicapai hasil pertemuan ahli-ahli Parlimen parti itu di Menara Dato’ Onn, malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat