Pemimpin Utama Parti Amanah Selangor Bakal Sertai PAS Esok

- Advertisement -

SHAH ALAM – Seorang pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor dilaporkan bakal menyertai semula Pas, esok.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Yunus Khairi ketika mengumumkan perkara itu berkata, pihaknya tidak boleh mendedahkan identiti pemimpin berkenaan sehingga menunggu pengumuman yang bakal dibuat.

“Namun beliau bukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebaliknya beliau adalah seorang figura yang cukup terkenal di negeri ini.

“Esok jika diizinkan Allah pengumuman akan dibuat oleh rakan baru kita itu, mereka bertukar angin daripada Amanah kepada Pas,” katanya pada sidang akhbar ketika Majlis Hi-Tea Bersama Media di Pejabat Pas Selangor di sini petang tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Selangor, Shafie Ngah, Ketua Muslimat Pas Selangor, Wan Hasrina Wan Hassan, Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir dan beberapa kepimpinan Pas Selangor yang lain.

Mengulas berkenaan tindakan pemimpin Amanah bakal menyertai Pas itu, Roslan berkata, ia merupakan satu signal bahawa pemimpin yang berada dalam Amanah atau PKR sudah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan dan juga parti mereka sendiri.

“Tindakan keluar daripada Amanah itu bermula di Perak, apabila beberapa pemimpinnya nekad keluar parti dan disusuli negeri lain termasuk Johor.

“Kemasukan tokoh berkenaan akan beri kesan kepada Pas Selangor dan saya yakin Selangor akan menyaksikan lebih ramai lagi pemimpin Amanah kembali ke pangkuan Pas secara berperingkat,” ujarnya.

Terdahulu, beberapa ADUN daripada Amanah mengumumkan peletakan jawatan, antaranya ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain diikuti ADUN Serom, Dr. Faizul Amri Adnan selepas didakwa tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti berkenaan.

Dalam pada itu, ADUN Sabak, Ahmad Mustain Othman pula dipecat selepas didakwa melanggar disiplin sebagai ahli parti itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat