KPN Rasa Rimas Berkaitan Isu Dakwaan Liwat Ahli Politik

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menyuarakan rasa kurang senang susulan muncul dakwaan liwat terbaru melibatkan seorang ahli politik berprofil tinggi yang heboh diperkatakan sekarang.

“Rimas, rimaslah saya dalam hal-hal macam ini. Ia membuang banyak masa.

“Tetapi oleh kerana satu laporan polis telah dibuat dan satu kertas siasatan telah dibuka,” katanya hari ini, dipetik dari laporan Malaysiakini.

Kes berprofil tinggi ini merupakan kes kedua dihadapi beliau sejak memegang jawatan KPN.

Kes pertama sebelum ini membabitkan seorang menteri ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Laporan portal itu menyebut tuduhan liwat terbaru ini dibuat dalam akuan berkanun (SD) bertarikh 29 Jun lalu yang memperincikan hubungan seksual seorang lelaki dengan ahli politik itu di beberapa hotel pada 2013.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Hamid berkata Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah merekodkan kenyataan pesuruhjaya sumpah berkaitan dakwaan tersebut.

“Di mana pesuruhjaya (sumpah) afidavit itu dibuat telah diambil kenyataan,” katanya, yang turut memaklumkan pihak polis sedang merekod kenyataan daripada lelaki yang membuat SD itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat