Kereta Milik Exco Terengganu Disimbah Cat Merah

- Advertisement -

Cyberjaya – Dua kereta Toyota milik exco Terengganu, Satiful Bahari Mamat mengalami kerosakan selepas disimbah cat merah dalam kejadian berlaku pada awal pagi Ahad lalu.

Difahamkan kenderaan Toyota Estima dan Toyota Vellfire Satiful Bahari itu diparkir di kawasan rumahnya di Kampung Pinang Merah, Dungun, Terengganu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Supt Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Kejadian tersebut disedari ketika anak Exco Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Terengganu itu mahu mengambil barang kira-kira jam 1 pagi.

“Bagaimanapun motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Tiada rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian.

Baharudin turut berkata simbahan cat ke atas kenderaan turut menimpa anak bekas setiausaha PAS Kawasan Dungun pada hari yang sama.

“Selain itu simbahan cat juga dikesan pada bahagian dinding rumahnya.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat