Kang So-ra kahwin hujung bulan ini

- Advertisement -
Agensi

PELAKON Korea Selatan, Kang So-ra, 30, mengumumkan akan berkahwin pada 29 Ogos ini.

Berita itu disahkan oleh agensinya, Plum Actors, semalam.

“Kang So-ra dan kekasihnya yang bukan dalam kalangan selebriti memutuskan untuk berkahwin kerana kepercayaan dan cinta mereka satu sama lain,” kata kenyataan itu.

Majlis perkahwinan itu hanya dihadiri keluarga terdekat mereka saja.

Pada mulanya, pasangan itu dikatakan merancang majlis resepsi perkahwinan, namun terpaksa membatalkannya akibat pandemik Covid-19.

“Dengan mengambil kira pengantin lelaki bukan selebriti dan keluarga setiap pihak, semua butiran akan dirahsiakan. Kami meminta semua pihak agar memahami situasi ini,” kata agensi yang memastikan So-ra akan meneruskan kariernya sebagai pelakon selepas berkahwin.

Serentak dengan pengumuman itu, So-ra juga menulis surat kepada peminat melalui laman kafe peminat Bling Bling.

“Sudah lama saya tidak menyapa keluarga Bling Bling. Saya bimbang dan gementar menyapa anda, tetapi saya ingin berkongsi berita ini dengan anda secara peribadi terlebih dahulu, jadi saya menulis setiap perkataan dengan berani,” tulisnya.

So-ra mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengucapkan tahniah atas berita perkahwinannya.

“Saya, Kang So-ra yang anda anggap sebagai adik, teman atau kakak perempuan di Bling Bling akan berkahwin pada akhir bulan Ogos. Anda mungkin terkejut dengan berita tiba-tiba ini. Saya menjumpai seseorang dan saya ingin menghabiskan sisa hidup saya bersamanya. Oleh itu, saya berkongsi berita baik ini kepada anda melalui surat ini, ” tulis So-ra mengumumkan berita itu perkahwinannya.

So-ra memulakan kerjaya lakonanny menerusi filem thriller 4th Period Mystery.

Namanya menjadi terkenal ketika melakonkan watak utama dalam filem Sunny pada 2011 yang menjadi filem kedua terlaris sepanjang sejarah perfileman Korea Selatan.

Dia berperanan sebagai ketua kumpulan bernama Sunny yang melindungi semua anggotanya. So-ra juga pernah membintangi sejumlah drama lain seperti Dream High 2, Ugly Alert dan banyak lagi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat