Amelina tak ‘bergelek’ lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kelihatan semakin langsing dan berseri-seri, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Dangdut, Amelina bagaikan tidak dimamah dek usia.

Pada usia 46 tahun, wanita kelahiran Nilai, Negeri Sembilan begitu menjaga penampilan diri hingga sanggup menahan lapar demi kelihatan langsing dan menawan.

Amelina berkata, dia bekerja keras menguruskan untuk menurun berat badan demi single terbaharu berjudul Ada Untukmu.

“Saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak enam kilogram (kg) dalam tempoh lima hari. Memang tidak mudah untuk mencapai tahap ini, tetapi kena berdisiplin dan kuatkan semangat.

“Ia menjadi lebih sukar apabila saya seorang yang suka makan. Justeru, saya kena amalkan pemakanan sihat dan mendapat bimbingan produk pelansingan badan. Mereka mengawasi program diet saya.

“Soal perubahan imej, ini adalah kehendak pengurusan yang mahu saya lari daripada kebiasaan. Sebagai penyanyi dangdut, saya sudah biasa dengan imej agak sarat. Bagaimanapun, saya pilih penampilan lebih ringkas dengan gaya rambut sederhana untuk kemunculan bersama single baharu. Tampak lebih muda,” katanya kepada BH Online.

Berusaha menurunkan berat badan demi single terbaharu, Ada Untukmu ciptaan Aepul Roza. - Foto Amelina
Berusaha menurunkan berat badan demi single terbaharu, Ada Untukmu ciptaan Aepul Roza. – Foto Amelina

Lebih dua dekad bergelek bersama irama dangdut hingga pernah mencetuskan fenomena, Amelina mencatat sejarah peribadi apabila merakamkan lagu berentak balada.

“Sebelum ramai salah sangka, saya mahu memaklumkan keputusan bertukar genre bukan kerana mahu beralih arah, sebaliknya sekadar satu pembaharuan. Saya ingin mempraktikkan ilmu yang dipelajari ketika menyertai program Gegar Vaganza musim kelima.

“Apabila rakam lagu berentak balada bukan bermaksud nak beralih arah, tetapi lebih kepada mencuba sesuatu yang baharu. Ini juga untuk menarik peminat generasi muda.

“Sekarang, tiada lagi peminat fanatik kepada genre muzik yang dinyanyikan. Saya mahu peminat meminati apa sahaja genre muzik yang disampaikan. Sebelum saya lupa, lebih baik saya amalkan ilmu yang dipelajari. Jika tak buat, takut pula ilmu hilang begitu sahaja,” ujarnya.

Single Ada Untukmu adalah ciptaan sepenuhnya Aepul Roza. Video muzik lagu itu menampilkan Sham Visa yang memegang watak sebagai suami. Ia boleh didapati di semua pelantar digital mulai 7 Ogos lalu.

Menyentuh soal peribadi, Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin tanpa berselindung mengakui, sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan.

Katanya, dia yakin lelaki yang masih dirahsiakan identitinya itu adalah calon paling layak untuk dijadikan teman hidup selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

“Apa yang boleh dikatakan, hubungan kami dalam peringkat mengenali hati budi. Saya selesa bersamanya kerana si dia bukan seorang yang sombong dan tidak kuat cemburu. Malah, boleh menerima orang sekeliling saya.

“Dalam mencari teman hidup, saya perlukan seseorang yang bersikap menyenangkan. Alhamdulillah, anak-anak saya pun selesa dengannya dan boleh menerima kehadirannya,” katanya.

Akuinya, hubungan yang terjalin berada dalam fasa serius, namun dirinya tetap menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.

“Saya serahkan soal jodoh pada takdir Tuhan. Kalau ada jodoh, adalah. Semuanya dalam perancangan, tetapi bukanlah tahun ini mahu mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sebelum ini, Amelina mendirikan rumah tangga bersama Reduan Mahmood, namun bercerai pada 2016.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata, Puteri Nur Athirah, 19, Putera Al Affiq, 18, Putera Al Asyraff, 17, Puteri Nur Asyurah, 15, Putera Al Arffa, 13 dan Putera Al Amzar, 8 tahun.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat