Bekas Pegawai Kanan Bekas Menteri Didakwa Esok Berkaitan Rasuah RM3.7 Juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang disiasat berhubung kes rasuah membabitkan RM3.7 juta akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

Pendakwaan akan berlangsung pada jam 9 pagi.

Pada Sabtu lalu, suspek bersama tunangnya direman lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan RM3.7 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim kepada kedua-dua suspek sehingga 19 Ogos ini (esok) selepas mendengar permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, wang berkenaan dikaitkan dengan syarikat yang mendapat projek perkhidmatan pengiklanan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua individu tersebut sebelum itu ditahan pada jam 5.45 petang, Jumaat lalu, selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Pada 27 Julai lalu, SPRM mendakwa seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan terbabit atas tiga pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Media melaporkan, tertuduh, Ibrahim Omar, 48, seorang pengarah syarikat pengiklanan mengaku tidak bersalah atas 12 pertuduhan mengemukakan dokumen dan invois palsu bagi mendapatkan tender Tourism Malaysia.

Semua dokumen itu digunakan dengan tujuan untuk mendapatkan tender ‘Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism Malaysia’ secara ‘request for proposal’ bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat