Saranan Perdana Menteri mengenai STEM akan dilaksanakan segera – Fadhlina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyambut arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menganjurkan program bersama saintis di seratus buah sekolah seluruh negara bagi meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Menurut Menterinya, Fadhlina Sidek, program tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

“KPM bersama-sama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan MOSTI telah mengorak langkah menubuhkan Jawatankuasa Khas STEM yang memberi fokus khusus kepada hala tuju STEM bermula dari peringkat sekolah sehingga ke pendidikan tinggi,” jelas Fadhlina dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam Perdana Menteri meminta MOSTI  menjalin kerjasama lebih erat dengan KPM untuk menambah baik  program dan tingkatkan minat anak-anak muda dalam STEM berbanding sebelum ini.

“Kebimbangan saya adalah kita sebutkan dalam bidang digitalisasi, kecerdasan buatan (AI) dan bioekonomi untuk bagaimana boleh pastikan pendekatan kita diperluaskan kepada rakyat,” kata Anwar ketika  ketika berucap merasmikan Jelajah Bioekonomi Kebangsaan bertemakan ‘Bioekonomi Untuk Semua’, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), semalam.

Menurut Fadhlina lagi, pelbagai inisiatif pembudayaan, aktiviti dan program pembangunan STEM sedang giat berjalan di sekolah dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi serta dengan kerjasama rakan strategik korporat dan komuniti, bagi meningkatkan minat dan penyertaan murid dalam STEM.

SourceSUARA.TV
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat