Tiada Kompromi Hina Agama, Berdepan Tindakan Tegas – Idris

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama tidak akan berkompromi terhadap kejadian yang menghina kesucian agama Islam.

Tindakan tegas akan terus diambil,” kata menterinya, Datuk Idris Ahmad.

“Saya yakin masyarakat juga mahu tindakan tegas diambil kepada pihak yang berkaitan,” katanya pada Majlis Perasmian Kempen Pencegahan Jenayah Syariah Tahun 2022 anjuran Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah JAKIM yang bermula hari ini hingga 22 Julai 2022.

“Jenayah arak dan judi daripada perspektif perundangan syariah dan sivil”

“Topik yang dibicarakan pada seminar pada hari ini sangat dekat dan releven dengan keadaan semasa di negara kita, manakan tidak kita sentiasa melihat di dada akhbar berkenaan dua isu tersebut dan ianya sangat membimbangkan dan merisaukan kita semua. Dengan pemilihan kedua-dua topik ini, saya yakin persidangan dan kempen ini akan lebih terarah dan berfokus,” ujar Idris.

Beliau berkata,pengharaman arak dan judi jelas di dinyatakan dalam al-Quran dan agama, sudah banyak laporan dan berita berkenaan keruntuhan institusi keluarga akibat arak dan judi.

“Semua lapisan masyarakat perlu berperanan mencegah dan membanteras jenayah arak dan judi ini daripada terus menjadi barah dalam masyarakat.

“Semoga Kempen Pencegahan Jenayah Syariah 2022 dapat diperluas ke negeri-negeri lain agar masyarakat lebih faham dalam mematuhi syariat dan menjauhi maksiat.

“Tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dan semua pihak yang bersama-sama menjayakan program yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara ini,” katanya.