UMNO Akan Pertahankan Kerusi DUN Slim – Zahid

- Advertisement -

Bagan Datok – UMNO dan Barisan Nasional akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bagi pilihankecil yang bakal berlansung.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan memberi keutamaan kepada calon tempatan bagi mengantikan Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

“Oleh kerana kemenangan (PRU14) adalah dari ADUN UMNO yang mewakili Barisan Nasional, maka adalah jadi kewajipan untuk UMNO pertahankan kerusi Dun Slim.

“Kita belum meneliti mana-mana calon kerana Badan Perhubungan UMNO Negeri belum kemukakan nama-nama calon lagi tetapi kita akan mengambil kira pandangan UMNO dan Barisan Nasional Tanjung Malim terutamanya dari cawangan dan Pusat Daerah Mengundi untuk menghantar calon yang terbaik untuk mengantikan Allahyarham Datuk Khusairi.

“Saya berpengang pada pandangan untuk memberi keutamaan pada calon tempatan,” katanya sebentar tadi.

Kekosongan kerusi Dun Slim ekoran kematian Allahyarham Datuk Mohd Khusairi pada 15 Julai lalu yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Bentong, pada jam 4.15 petang, Rabu lalu kerana serangan jantung selepas rebah ketika bermain golf.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Jamilah Nordin dan tujuh anak.

Mohd Khusairi dipilih menjadi ADUN Slim sejak Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-11 pada 2004 lalu.

Pada PRU-14, beliau mengekalkan kerusi dengan majoriti 2,183 undi menentang calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang bertanding atas tiket PKR, iaitu Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Sementara itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai ini bagi membincangkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) DUN Slim.

Perbincangan pada 23 Julai antara lain mencakupi penentuan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan persiapan lain bagi melaksanakan PRK terbabit. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat