Pahang Mahu Kerajaan Guna Pelan Asal Projek ECRL

Anakanda Sultan Brunei Mangkat

BRUNEI - Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Azim mangkat hari ini. Memetik laporan Radio Televisyen Brunei, putera berusia 38 tahun itu...

Najib Persoal Langkah Jual FGV Ketika Syarikat Itu Diambang Keuntungan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan adakah sekarang masa yang sesuai untuk FGV Holdings Berhad (FGV) dijual kepada...

Tolak Parti Politik Berlandaskan Islam, Kata Siti Kasim

KUALA LUMPUR - Marah dengan tindakan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang membantah disifatkan sebagai cuba menimbulkan kekacauan. Menurut aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim...

Bantuan BPN 2.0 Fasa Pertama Dipercepatkan, Keutamaan Golongan B40

KUALA LUMPUR – Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 telah bermula lebih awal daripada dijadualkan iaitu 19 Oktober lalu. Sebelum itu ia dijadualkan pada 26...

UMNO Yakin Agong & Majlis Raja-Raja Akan Buat Keputusan Terbaik Untuk Rakyat

SHAH ALAM - UMNO menyatakan keyakinan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-raja Melayu akan membuat keputusan terbaik untuk...

Kuala Lumpur – Menurut perancangan awal yang telah dibuat oleh kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, jajaran asal awal Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan melalui negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum memasuki Selangor.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata terdapat beberapa faktor agar perancangan awal ini diteruskan, antaranya adalah untuk meningkatkan lagi penghantaran kargo dari utara berbanding ke selatan kerana di kawasan selatan sudah mempunyai pelabuhan lain seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.

“Kita juga ingin melihat ECRL yang jajarannya melalui Gombak akan dilaksanakan kerana ini akan menghasilkan integrasi dengan sistem aliran Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan LRT.

“Terkini di Negeri Pahang Darul Makmur, projek ini telah mula dilaksanakan dan sudahpun berada pada tahap 13% atau 14%.

“Apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengumumkan bahawa projek ini akan dikurangkan kos dengan perubahan-perubahan yang sedikit, ia adalah satu perkara yang amat merugikan kerana kita telahpun mengambil langkah untuk menyediakan tanah bagi melengkapkan projek ini,” katanya melalui satu kenyataan yang dihantar kepada SuaraTV sebentar tadi.

Jelas Wan Rosdy lagi, pada tahun 2019, sebanyak 1,394.4 hektar tanah yang merangkumi 232.5km jarak perjalanan yang merentasi Bentong, Temerloh, Bera, Maran dan Kuantan telahpun dalam proses untuk diambil-alih.

Tegasnya juga, dengan adanya ECRL mengikut pelan asal, ia akan membawa kembali peluang pekerjaan kepada anak-anak Negeri Pahang.

“Dan semestinya ledakan ekonomi akan berlaku sekaligus memberikan manfaat kepada rakyat negeri ini apabila siapnya infrasturktur ini.

“Saya telah menulis surat pada Mac 2020 yang lepas kepada YAB Perdana Menteri agar dapat mengkaji semula pelaksanaan asal ECRL yang benar-benar lebih menguntungkan untuk jangka masa yang lebih panjang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai itu lagi.

Justeru katanya, Pahang berharap agar satu keputusan dapat dicapai untuk mengembalikan semula pelan asal ECRL kepada perancangan awalnya.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Mesyuarat Kabinet Cadang Bubar, Gantung Parlimen?

CYBERJAYA— Mesyuarat Khas Kabinet yang berakhir sebentar tadi dikatakan akan mencadangkan pembubaran Dewan Rakyat dan 'Darurat Politik' kepada Yang Di Pertuan Agong bagi mengatasi...

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

CYBERJAYA -  Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas apa-apa cadangan Mesyuarat Khas Kabinet pagi tadi termasuk...

Muhyiddin Pertimbang Bubar Parlimen Disember 2020

CYBERJAYA - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertimbangkan pembubaran Parlimen pada Disember 2020 sekiranya Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan November ini gagal mendapat...

Berita Berkaitan

Tolak Parti Politik Berlandaskan Islam, Kata Siti Kasim

KUALA LUMPUR - Marah dengan tindakan beberapa NGO (badan bukan kerajaan) yang membantah disifatkan sebagai cuba menimbulkan kekacauan. Menurut aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim...

Tiada Aktiviti Pembelian Panik Di Kawasan PKPB – KPDNHEP

PUTRAJAYA — Aktiviti perniagaan di Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaporkan dalam keadaan terkawal dan tiada...

PKPB Di Selangor Mungkin Dilanjutkan Jika Kes Jangkitan Meningkat

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan mungkin mencadangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat di Selangor dilanjutkan, jika kes Covid-19 di negeri itu terus meningkat, kata Ketua...