Ribuan Pengunjung Serbu Pembukaan Rasmi Pasar Raya Milik Ebit Liew

- Advertisement -

BANGI – Pasar raya milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew iaitu Elewsmart diserbu pengunjung sempena pembukaan rasmi di sini hari ini.

Terletak di Bandar Baru Bangi, orang ramai mula beratur seawal pukul 6.30 pagi hingga satu ketika barisannya telah melebihi satu kilometer walaupun dalam cuaca panas.

Malah ada pengunjung yang hadir pukul 8 pagi masih tidak dapat masuk ke dalam pasar raya itu walaupun sudah beratur selama empat jam.

Kehadiran pengunjung yang ramai memang sudah diduga bukan kerana nama Ebit Lew tular di laman sosial gara-gara sikapnya yang sering membantu orang dalam kesusahan tanpa mengira bangsa.

Namun ribuan yang hadir hari ini disebabkan perniagaan terbaharunya itu selepas perunding latihan, penceramah, penulis buku, restoran dan kurta itu menjual barang dengan harga serendah 10 sen.

Harga yang ditawarkan Ebit memang sukar untuk ditandingi pasar raya lain walaupun promosi itu hanyalah bersempena dengan hari pembukaan sahaja.

Antara barang yang murah adalah ais krim Cornetto berharga 10 sen, air tin Nescafe (40 sen), susu pekat manis (70 sen) dan kicap cap Kipas Udang juga 70 sen.

Ebit yang ditemui melahirkan kesyukuran kerana cawangan pertama ELewsmart berjaya dibuka hari ini sebelum pembukaan cawangan kedua di Kajang esok.

Seterusnya beliau memberitahu lapan cawangan lain akan dibuka minggu seterusnya secara peringkat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dahulu.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan pengunjung mula beratur sejak pukul 6.30 pagi tadi. Elewsmart menjanjikan harga paling murah untuk masyarakat dan hari ini kami membuat promosi untuk hari pembukaan untuk 300 pelanggan terawal,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Pada majlis pembukaan, bapa Ebit iaitu Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau, 81, turut hadir menyerikan suasana sambil meninjau pasar raya anaknya itu.

Selain Bandar Baru Bangi dan Kajang, cawangan lain Elewsmart akan dibuka di Cyberjaya, Sungai Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

Setiap cawangan Elewsmart akan menyediakan ‘Food Bank’ khusus orang yang memerlukan dan mereka yang ingin menyumbang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat